Tuesday, July 10, 2007

Zon perjuangan

Konvensyen PR Pemuda Pas negeri Selangor yang diadakan di Taman Melewar pada ahad baru-baru ini bertujuan untuk menyelaraskan tugasan dan pengarahan untuk kerja pilihanraya umum ke-12 yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Persediaan di peringkat jentera sehingga menyediakan pengundi telah diselaraskan agar mudah untuk pemantauan. Antara yang menarik dibentangkan ialah strategi asas yang mengkehendaki pemuda berada dalam zon perjuangan. Secara umum terdapat 4 zon;

Zon Mandom : EQ dan IQ yang rendah

Zon Isti’jal : EQ tinggi tetapi IQ rendah
Tinggi dari sudut yakin, semangat, gigih, disiplin, minat, dan kesungguhan sahaja

Zon Retorik : IQ tinggi tetapi EQ rendah Tinggi dari sudut pelan tindakan, strategi, rational, data/maklumat dan analisa

Zon perjuangan : EQ dan IQ tinggi = XQ
Lengkap dari persediaan IQ dan EQ ditambah perlaksanaan, keberkesanan dan kepuasan




Disamping persediaan dari sudut dalaman, pemfokusan pendekatan luar juga diberi penekanan dalam usaha meraih undi. Bak kata Jamzuri Ardani, pada ketika ini, undi seorang yang solat dan tidak solat akan sama nilainya.

Perkara terpenting yang diperingati dalam program ini ialah kebergantungan kepada Allah S.W.T. Antara pengarahan yang diberikan kepada semua pemuda pada program ini mengkehendaki meningkatkan amalan-amalan sunat disamping tidak meningkatkan perkara yang wajib.

Wing 0: Siapa berusaha pasti dapat

No comments: