Monday, July 2, 2007

Kembali ke alam pelajar

Pada jam 4:30 pagi 2 Julai 07, setibanya di puduraya perasaan mengantuk masih lagi terasa walaupun tidur dalam bas 1st class. Gara-gara tersilap beli tiket bas seorang pemuda minta tukar tiket untuk menaiki bas tambang murah disebabkan rakannya semua berada pada bas tersebut. Pertama kali menaiki bas yang ada tv di setiap tempat duduk dan sit yang boleh hampir mencecah sudut 180o, memang cukup selesa. Tiada orang sambut di puduraya. Normal la…..

Bas Rapid KL dari komuter serdang terus ke depan kawasan apartmen menjimatkan tenaga untuk berjalan dan dapat mengelak daripada mengganggu orang untuk diminta ambil. Selamat sampai di rumah pada jam 8 pagi. Membuat persiapan sebelum keluar. Keluar untuk pendaftaran menghadapai alam pelajar kembali.

Ketika sampai di pusat kesihatan (PK) UPM, ramai berpusu-pusu untuk membuat medical check-up. Memandangkan rabu lepas balik penang, medical check-up dibuat di Klinik Abdul Rahim (KAR). Mira, Erina, dan Lyn ada juga di PK, Makhluk tak nampak pula. Bayaran dikenakan RM87 untuk local dan RM109 untuk foreigner. Buat kat KAR RM90, beza cuma RM3 ditambah jimat masa di PK. Just ambil surat pengesahan sahaja. Berbaloi…..

Disebabkan keletihan, ke GSO untuk pendaftaran pada jam 4:05 petang. Nombor giliran yang dapat 1361, pada masa tersebut angka giliran baru 1248. Dalam poket ada RM1600 untuk yuran. Rasa nak balik memang tak berbaloi dan bahaya. So, tunggu sahaja. Selang beberapa minit ukhti Fardah, mantan senior ktdi ambil nombor. Memandangkan dia jugak nak sambung belajar, jadi pengisian masa dipenuhi dengan sembang dengan dia. Hilang boring…..

Jam dah menghampiri 6:45 petang. Ada yang lari balik dan ada yang setia menunggu. Ikut-ikut memang dah tak tahan nak menunggu, tetapi ketekunan pegawai-pegawai GSO menerima pelanggan menghilangkan rasa nak cabut balik. Ukhti Faridah juga masih ada memandangkan hari ni sahaja yang dia free. Datang dari Ampang semata-mata baru nak ambil surat tawaran memang menyedihkan. Follow up hampir seminggu tapi hari ni baru dapat.

Tak lama lepas tu nombor yang dinanti-nantikan keluar. Mengeluarkan semua maklumat-maklumat yang dikehendaki dan tiada soalan tambahan, proses pendaftaran agak cepat. Cuma nak tandatangan untuk buku aku janji menyebabkan proses lambat sikit. Sekali imbas macam biasa la, sistem pendidikan yang dipengaruhi politik. Itu subjek utama.


Bersama Dr Tan Wee Tee (kiri) dan Khairi (kanan) di kilang simen

Selesai pendaftaran. Nombor matrik terbaru; GS18643, di bawah penyeliaan Dr. Tan Wee Tee di jabatan kimia fakulti Sains. Gelaran terbaru untuk diri, Full Electro Alchemist (FEAlchemist), bersedia untuk elektrokimia, sasaran setahun setengah. Gambate!!!

Wing 0: Nama lama tetap kekal

No comments: