Lama dah tak update blog ini. Tumpuan lebih kepada proses pemindahan rumah. Pada musim cuti sekolah baru-baru ini (Mei-Jun), tinggal di rumah akhi Solehan. Tinggal sorang-sorang memandangkan akhi Solehan balik Kelantan (Baru dapat baby masa tu). Jadi tempoh masa tu mencari rumah sewa yang bersesuaian sebelum akhi Solehan balik Serdang. Sejak awal bulan Mei dah cari tapi masih tak dapat yang bersesuaian.
Alhamdulillah baru beberapa hari selepas cuti sekolah bermula dah jumpa sebuah apartment yang bersesuaian dan berpatutan. Rumah terletak berdekatan Jusco Taman Equine di Sri Indah Apartment. Kalau dari UPM selalu 15 minit dah sampai. Kedudukan rumah di tengah-tengah jika hendak ke Seremban (Farah di TKC), Sepang (Rumah Pak Su), KL (Kampus Kiki di Jalan Osman), dan UPM. Kedudukan juga memudahkan pergerakan ke rumah Maman Atoy di Puchong Perdana dan Maman Joe di Ampang.
Terdapat Masjid Al-Munir (surau yang dinaik taraf) apabila nak masuk kawasan apartment ni. Alhamdulillah setiap Isnin hingga Rabu ada pengajian dan nak solat jemaah dan solat Jumaat tak susah. Just 5 minit berjalan dari rumah. Di bawah blok pulak ada kedai makan, kedai runcit dan dobi. Daripada hasil survey, harga memang standard dengan tempat-tempat lain. Ada juga kedai gunting rambut tapi tak pernah survey lagi harga perkhidmatan.
Rumah di blok 26 tingkat 2 dan nombor rumah 4. Kalau dalam alamat ditulis 26-02-04. Ada 3 bilik, cukup untuk diri sendiri, Kiki (tinggal sekali) dan tetamu. Waktu masuk dah ada tikar getah rak TV dan kusyen 2 biji. Untuk orang bujang memang dah ok sangat. TV Taufiq yang dah tak pakai di rumah jemaah aku ambil letak di rumah. Jiran-jiran berdekatan pun ramah dan mudah dilayan. Bermula bulan Jun ni dah ada rumah sewa sendiri. Boleh la belajar cara-cara nak urus rumah sendiri sebelum nak beli rumah sendiri =)
Wing 0: Cadang nak masukkan gambar tapi kamera ada pada Farah. Minggu depan InsyaAllah akan masukkan.
No comments:
Post a Comment