28 April 07,
Persiapan sudah dibuat untuk balik ke Pulau Pinang.
Keseronokan mmg menyelubungi hati setelah 2 minggu akhir ini bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.
Kegembiraan bertambah apabila dapat pulang bersama Qayyuum dan disambut di Pulau Pinang oleh Shuhaimi; rakan-rakan yang diikat atas satu perjuangan dalam mencari keredhaan Ilahi.
Meskipun baru 5 tahun kami berta'aruf ketika di matrikulasi, namun hubungan kami lebih dari istilah yang dikatakan sahabat.
Masing-masing mengenali diri sahabat-sahabat seperti ahli keluarga sendiri.
Tak kira ahli keluarga, latar belakang, prinsip hidup, hatta kisah pasangan juga turut kami tahu.
Kebersamaan kami ketika susah dan senang dalam menempuh liku-liku hidup ini dan dalam melakukan gerak kerja jemaah menguatkan lagi ikatan yang sedia ada.
Jika ada perkara yang terbuku di dalam hati sememangnya akan diluahkan tak kira melalui perjumpaan face to face, mesej atau telefon.
Setelah habis matrix, aku ditakdirkan berada di UPM, Qayyuum di KUKTEM Pahang, dan Shuhaimi di USM Pulau Pinang dalam bidang masing-masing.
Sehingga kini aku merasakan paling kurang sekali dalam sebulan kami mesti menghubungi sesama kami untuk tahu perkembangan semasa.
Sekiranya cuti kami sentiasa menyediakan jadual untuk bertemu di Pulau Pinang.
Pertalian rapat kami sehingga ahli keluarga kami turut mengenali sesama kami.
Kemanisan yang amat indah dalam berjuang.
Kadang-kadang membuat aku terfikir.
Bagaimana dikatakan ukhwah, sekiranya hubungan hanya tercipta ketika belajar di sekolah, matrik atau di kampus sahaja?
Perlukah jemaah membuat satu program khas untuk eratkan ukhwah semata-mata?
Tidak cukupkah rukun usrah ta'aruf, tafahum dan tafakul dalam membina ukhwah sesama ahli?
Kenapa gerak kerja jemaah itu sendiri tidak dijadikan medium dalam menjalinkan ukhwah?
Masing-masing mungkin ada alasan tersendiri.
Namun bagi aku dalam persahabatan ini;
Sekiranya kepentingan diri terlalu diutamakan,
Hal hati dan perasaan terlalu dilayan lebih-lebih,
Minda terlalu sempit dalam menerima nasihat atau pandangan orang lain,
Buat pi lah program apa pun, perkataan ukhwah hanya jadi manisan di mulut sahaja.
No comments:
Post a Comment