Bahagian 1: Aqidah
Segala yang berlaku di dunia memberi positif dan negatif. Semuanya ada hikmahnya. Manusia telah diberi peluang untuk menguruskan dunia ini. Manusia juga sudah diberi petunjuk, sekiranya berbuat baik akan mendapat pahala, manakala berbuat jahat akan dapat dosa. Segalanya akan dihitung di akhirat kelak. Kiamat adalah ketetapan sebagai sempadan pengakhiran dunia yang menunjukkan kekuasan Allah SWT.
Allah SWT tidak akan membeban seseorang dengan perkara yang tidak mampu hambanya tanggung. Allah SWT memberi sesuatu mengikut kemampuan dan taklifan yang ada pada seseorang.
Orang miskin diberi ganjaran pahala atas kesabaran mereka manakala orang kaya perlu bertanggungjawab terhadap harta mereka; dari mana mereka ambil dan ke mana digunakan. Pahala yang cukup besar bagi orang kaya sekiranya mereka berjaya menguruskan harta mereka dengan baik. Pahala mereka lebih besar daripada pahala sabar kerana mereka bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan.
Orang yang cerdik akan disoal ke mana digunakan kecerdikan. Orang berilmu akan ditanya ke mana mereka gunakan ilmu mereka. Orang yang jahil atau bodoh tidak akan dipersoalkan tentang hal-hal ini. Begitu juga dengan orang-orang yang diberi kuasa untuk memerintah. Mereka akan ditanya sejauh mana mereka melaksanakan hukum Allah SWT. Orang biasa yang sentiasa mahukan hukum Allah SWT terlaksana akan sentiasa peroleh pahala.
Orang yang ada keberanian dan kekuatan akan dipersoal di akhirat kelak sekiranya mereka tidak gunakan untuk mencegah kemungkaran. Perkara ini melibatkan iman kita. Tidak beriman sekiranya kita langsung tidak berasa benci sekiranya melihat maksiat. Sekiranya seseorang itu redha dengan kekufuran maka dia secara automatik juga telah kufur.
Orang yang buta tidak dipertanggungjawab untuk berjihad. Contohnya sahabat nabi SAW; Abdullah ibnu Ummi Makhtum yang hendak terlibat dalam peperangan tetapi tidak diwajibkan kepadanya.
Allah SWT memberi rahmat kepada mereka yang penyayang. Apabila berniaga mereka tidak mengambil kesempatan dengan mengambil untung berlipat kali ganda. Mereka berjual beli dengan kemampuan dan kasih saying yang menjadikan mereka sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT. Sekiranya bekerja di pejabat, mereka suka mudahkan kerja orang lain. Tidak perlu menunggu berhari-hari dalam menyelesaikan kehendak orang lain.
Dari sudut perundangan, mahkamah Islam dan peguam Islam perlu berusaha tidak mengenakan hukuman mati kepada orang yang bersalah. Usaha dibebaskan atau diringankan hukuman ini supaya pesalah tersebut dapat bertaubat kembali kepada Allah SWT.
Bahagian 2: Sirah
Perkataan bekah dalam Al-Quran bermaksud Mekah (Aal-Iimran 3:96)
Perkataan bekah dalam kitab Taurat dan Injil telah dipinda oleh Yahudi dan Nasrani. Cerita zahir tentang Nabi Muhammad SAW telah diceritakan dalam kitab taurat dan injil. Begitu juga dengan bekah. Bekah dalam tafsiran Yahudi bermaksud lembah yang tidak berair.
Nabi Ismail AS dan Nabi Ishak AS adalah adik-beradik. Kedua-dua mereka adalah anak kepada Nabi Ibrahim AS. Orang Arab berasal daripada Nabi Ismail manakala orang Yahudi berasal daripada Nabi Ishak. Allah SWT telah mengarahkan Nabi Ibrahim AS agar meninggalkan Nabi Ismail di Mekah.
Ibrahim Khalil Philip seorang paderi dari Mesir mengkaji tentang surah At-Tin pada 10 tahun lepas. Dia dapati sebutan at-tin, az-zaitun, balad (Negara) yang terdapat dalam surah tersebut berkaitan dengan agama Nasrani, Yahudi dan Islam. Akhirnya dia memeluk Islam.
Sambut Krismas yang dikatakan menyambut kelahirqan Nabi Isa AS pada bulan Disember adalah satu sambutan yang pelik kerana Nabi Isa dilahirkan di Palestine pada musim panas. Musim panas di Palestine pada bulan Jun.
Krismas disambut pada bulan Disember kerana mengikut negara Rom. Walhal negara Rom banyak menyembah berhala-berhala lain. Terdapat pelbagai versi patung Nabi Isa di Rom dan dalam masa sama mereka juga menyembah berhala-berhala lain. Di Afrika patung Nabi Isa berwarna hitam.
Orang Yahudi memfitanah berkata yang Mariam berzina. Walhal Mariam adalah seorang yang suci setaraf malaikat. Ketika Mariam hendak bersalin, beliau menggoyangkan pokok kurma, dengan izin Allah SWT buah kurma gugur. Bulan Disember bukan musim buah gugur.
Sewaktu Raja Najasyi memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat Quran daripada Jaafar bin Abi Talib, berlaku pemberontakan kerana tidak setuju Raja Najasyi memeluk Islam. Pada masa itu umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk meminta perlindungan di sana. Raja Najasyi meminta umat Islam yang datang agar berlayar ke laut takut-takut kalah melawat pemberontak.
Menjadi sunnah daripada Allah SWT menerima doa daripada orang yang baik. Apatah lagi seorang nabi. Berhati-hati dengan orang orang yang melazimi solat Subuh secara berjemaah. Doa mereka sangat mustajab. Nabi Ibrahim AS berdoa memohon agar keturunannya menjadi seorang yang soleh, menerima kitab dan memimpin manusia ke jalan yang benar.
Bahagian 3: Tafsir surah Al-Adiyat
Surah ini bermaksud kuda-kuda mujahidin. Surah ini ialah surah Makkiyyah. Diturunkan dengan tujuan untuk menguat semangat umat Islam ketika itu. Allah SWT bersumpah dengan kuda iaitu kenderaan yang akan digunakan dalam perang sejak dahulu sehingga ke akhir zaman.
Kuda ialah sejenis binatang yang digunakan sejak dahulu untuk berjuang di jalan Allah SWT. Allah SWT jadikan di dahi kuda keberkatan sehingga hari kiamat. Nabi SAW suka menyapu dahi kuda kerana keberkatan ini. Dalam pembahagian ghanimah, perlu ada bahagian untuk kuda atau kini untuk jentera berminyak.
Dalam Al-Quran, Allah SWT menyuruh umat Islam supaya menyediakan pasukan berkuda untuk bersedia menghadapi musuh. Disuruh juga untuk menyediakan kekuatan sekadar kemampuan (Rujuk surah Al-Anfal 8:60). Kekuatan pada ayat ini ditafsir ulama' sebagai melontar. Pada zaman dahulu senjata melontar seperti tombak, dan panah manakala pada zaman sekarang digunakan pistol atau roket.
Saidina Umar RA sebelum menghantar Saad bin Abi Waqas untuk menghadapi Parsi telah berpesan agar bertaqwa kepada Allah SWT. Kemenangan umat Islam kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Pada satu ketika daulu tentera Bani Israel yang beriman pernah dikalahkan oleh tentera musyrikin kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh tentera Bani Israel.
Menyediakan kekuatan untuk menghadapi musuh adalah satu kewajiban mengikut kemampuan. Kegagalan menyediakan tentera dengan ikhlas menyebabkan Allah SWT menghina sepertimana yang berlaku di Negara-negara semenanjung tanah Arab.
Biasanya musuh diserang pada waktu subuh kerana pada ketika itu mereka lalai. Waktu serang terkeluar debu-debu yang bertebangan dari kaki kuda. Debu-debu tersebut memberi pahala dan dapat menghindar penunggang kuda tersebut daripada api neraka.
Senjata pemusnah seperti senjata nuklear pada masa kini diharamkan oleh Islam kerana membunuh orang yang tidak terlibat seperti kanak-kanak. Antara adab dalam peperangan ialah tidak dibenarkan mencari musuh yang telah mati untuk dilakukan perkara yang tidak baik seperti korek mata.
Ketika fathul Mekah Nabi Muhammad SAW menyenaraikan seramai 20 orang untuk dibunuh tetapi hanya 2 orang dibunuh kerana yang lain mohon maaf termasuk Wahsyi yang membunuh bapa saudara Baginda iaitu Hamzah.
Di akhir zaman akan ada keadaan di mana pembunuhan tidak tahu kenapa dia dibunuh dan orang yang dibunuh juga tidak tahu kenapa dia dibunuh. Pada zaman ini juga dikatakan orang yang duduk lebih baik daripada orang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berlari.
Wing 0: Panjang sangat, minggu hadapan admin cuba buat ikut bahagian, insyaAllah.
Twitter: Farhan_Yusri
No comments:
Post a Comment