
Jika dirujuk dalam Utusan Malaysia hari ini (28/10/08) di bawah tajuk
Ahli Pekida bertindak jika hak Melayu, Islam cuba diganggu, Perkida Selangor bersungguh-sungguh membela hak istimewa orang Melayu sekiranya diganggu oleh mana-mana pihak. Dalam surat khabar yang sama juga di muka hadapan di bawah tajuk
Mansuh ekuiti bumiputera, MCA meminta agar kerajaan memansuhkan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Apakah ada maksud-maksud tertentu daripada berita-berita ini dalam surat khabar yang sama?
Dalam Utusan pada 25 Oktober 2008 pula Najib telah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan unsur DEB secara beransur-ansur melalui berita Unsur DEB dihapus beransur. Dalam berita ini dikatakan DEB akan dihapus secara beransur-ansur itu apabila golongan bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Bukankah ini mengganggu hak istimewa golongan bumiputera yang majoritinya orang Melayu? Harap Perkida tidak memilih 'bulu' dalam menunaikan apa yang dkatakan dalam membela orang Melayu.
Wing 0: Orang Islam berbangsa Melayu
5 comments:
tu lah pasal.. tu mantan PM tu jugaklah yang bersuara.. mane ker perginyer PEMIMPIN berbangsa Melayu yang lain??????
xfaham betul!!
Kalau tanya pemimpin-pemimpin UMNO, semua dok pakat sibok berkempen nak jawatan dalam UMNO la masa ni. Mana nak fikir masalah rakyat
cam tak fair jer..
kenapa privacy orang MELAYU perlu diganggu..
Lumrah manusia apabila satu individu memiliki sedikit kelebihan manakala satu pihak lagi tiada kelebihan tersebut maka wujudlah perasaan tidak puas hati meskipun telah ada kelebihan lain pada individu tersebut.
Perjuangan masih belum selesai.. betul kan!
Post a Comment