Thursday, August 28, 2008
Mengakhiri episod
Entri ini tiada kena mengena dengan usaha nak mengakhiri karier blog saya. Cuma nak sama-sama kita fikirkan episod-episod drama yang mampu kita akhiri. Meskipun sumbangan yang akan diutara ini tidak lah sebesar mana kerana diulas atas kedudukan sebagai rakyat biasa namun semoga usaha ini dapat mewujudkan ombak perubahan yang mampu menenggelamkan mehnah yang menghalang dalam laluan menuju keredhaan Allah SWT.
Mengakhiri kezaliman melampau
Hayat KERAjaan BN seolah-olah sudah menghampiri ke penghujungnya. Pelbagai kekejaman dan kezaliman telah dilakukan melampaui kebaikan sepanjang lebih 50 tahun memerintah. Setiap golongan tidak terlepas daripada kekejaman mereka sehinggakan gugurnya syuhada'-syuhada' yang berjuang demi kebaikan semua. Tahanan-tahanan ISA masih lagi terperangkap di gerigi besi meskipun tiada bukti yang menyabitkan kesalahan mereka.
Apa boleh dilakukan? Teruskan usaha menggalakkan rakyat agar terus memberi sokongan padu kepada segala usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Meskipun jika kerajaan berubah kepada Pakatan Rakyat namun kezaliman masih belum dapat diatasi sepenuhnya kerana pemerintahan Islam masih belum dapat dilaksanakan. Ini disebabkan komponen Pakatan Rakyat sendiri (DAP) yang membangkang kewujudan negara Islam dan masih ramai tidak memahami apa itu negara Islam. Walaupun begitu kemudhratan ini kurang berbanding kemudharatan yang dibawa oleh KERAjaan BN. Akhirkan kezaliman melampau.
Mengakhiri kejahilan umat
Meskipun wujudnya desas-desus yang menyatakan PAS dilayan seolah-olah anak tiri dalam Pakatan Rakyat (bagi saya ya) namun ini bukan menjadi penghalang untuk membawa masyarakat yang telah lama dikotori oleh daki-daki kejahilan kembali kepada masyarakat yang celik ilmu terutama ilmu Islam. Sudah ramai ingin menjadi hero dalam mengulas isu-isu semasa tetapi ulasan-ulasan tersebut masih belum menampakkan kecelikan Islam yang menyokong ciri Islam iaitu Islam tertegak diatas keruntuhan jahiliah.
Apa boleh buat? Marilah bersama-sama mengimarahkan majlis-majlis ilmu yang sudah semakin longgar syarat-syarat untuk masyarakat mendapat ilmu yang sebenar. Ajakalah ahli keluarga serta para sahabat untuk bersama-sama memenuhi dada dengan ilmu yang bermanfaat. Hebahkan apa yang diperoleh kepada masyarakat agar masyarakat tahu apa itu Islam, mengapa Islam, bagaimana dikatakan Islam itu mudah sehingga mengapa perlunya wujudnya sebuah negara Islam. Sememangnya mudah mendapat ilmu-ilmu tentang Islam pada masa kini daripada internet tetapi bagi saya adalah lebih baik berhadapan dengan guru-guru agar tidak mewujudkan fahaman sendiri yang menyimpang daripada maksud sebenar.
Mengakhiri persengketaan tidak bermakna
Jika ditanya saya apa itu persengketaan yang tidak bermakna saya akan katakan persengketaan yang memusnahkan silaturrahim dan menambahkan kekeliruan masyarakat. Persengketaan ini ini langsung tiada sebarang makna di dunia dan di akhirat kelak. Ini disokong oleh hadith
Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim (hubungan kekeluargaan) tidak akan masuk syurga (H.R Al-Bukhari)
Apa kita boleh buat? Maafkanlah mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan. Sekiranya mereka mempunyai agenda lain, serahkannya kepada Allah SWT. Ambillah nilai-nilai yang telah diajar dalam Al-Quran sebagai petunjuk.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Al-Imran:159)
Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu yang dibincangkan atas sebab marhalah (peringkat) pengetahuan ilmu yang berbeza, maka pelajarilah dahulu daripada mula sebelum membahasnya. Jangan terlalu tergesa-gesa membuat kesimpulan kerana tindakan tersebut hanya menambahkan ketajaman tanduk sebagai rakan syaitan.
Ha ha ha...
Pada saya persengketaan sebegini berlaku kerana meletakkan emosi dan kepentingan-kepentingan diri serta sejarah-sejarah silam mengatasi Islam. Alangkah indahnya masyarakat ini sekiranya hidup sifat bermaaf-maafan, melemparkan sejauh-jauhnya keperitan yang pernah diterima tanpa mengungkit kembali di masa hadapan.
Pada golongan yang disogok demi kepentingan individu lain atau bertindak atas kepentingan diri dalam menyampaikan ilmu yang mengelirukan masyarakat, sekiranya tindakan anda menggunakan walau sedikit daripada hak atau harta saya, tidak akan saya meredhainya sehinggalah anda bertaubat dan menjelaskan kembali perkara sebenar yang perlu diketahui umum. Golongan yang menjadi punca kepada persengketaan tidak bermakna ini patut ditanam ke dalam perut bumi atau diterbangkan ke angkasa agar kekeliruan dalam masyarakat dapat diatasi.
Wing 0: Sifat makhluk yang bermula dan berakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wala pulos imo blog.
Sorry if I commented your blog, but you have a nice idea.
Post a Comment