Friday, April 25, 2008

Kesempatan dalam kesempitan

Entahla... Terlalu banyak kerja yang perlu dilaksanakan ketika ini. Tidur pun dah tak tentu masa. Entah 3 pagi atau 4 pagi atau 10 malam. Memang meletihkan. Namun di sebalik menghadapi banyak tugasan dan tanggungjawab ini terasa terlalu banyak kemanisan yang diperolehi.

Dalam kekurangan masa untuk berseronok, terasa diri ini semakin dijauhi daripada mendekati kemaksiatan dunia yang melalaikan. Walaupun hakikat kemaksiatan dunia pada ketika ini di mana-mana sahaja hatta sehinggakan dalam masjid pun berani melakukan perkara yang tidak senonoh (Kes Masjid KLCC di malam tahun Baru) tetapi penumpuan yang lebih ditumpukan dalam menyelesaikan tugasan menyebabkan tidak terfikir perkara-perkara yang membangkitkan nafsu.

Mak dan ayah yang berada di sini berasa cukup pelik kerana setiap malam selepas maghrib atau selepas isya' mesti akan keluar. Jika tidak ke mesyuarat akan masuk makmal menjalankan projek Master yang masih belum selesai. Dalam menjalankan aktiviti ini rasanya cuma motosikal yang dipandu mengetahui betapa letihnya diri apabila pulang ke rumah lewat malam. Bukan sengaja nak mencari susah tetapi keperluan yang menyuluh jalan untuk terus mara. Peningkatan keazaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah dapat dirasai.

Ketika ini tugasan yang perlu diselesaikan ialah menyiapkan journal yang perlu dipublish. Meskipun data-data sudah banyak diperolehi tetapi kerja menyusun dan menerangkan data-data tersebut memerlukan penelitian disamping rujukan-rujukan yang menyokong penerangan-penerangan data tersebut. Terlintas di hati jika sebelum ini mencari maklumat cuma sekadar mengetahui tetapi kali ini usaha meneliti perlu bersungguh-sungguh. Al-maklumlah bakal jadi Prof satu hari nanti. Segala maklumat dan penerangan di hujung jari. InsyaAllah...


Kena sambung kerja...

Wing 0: Bersyukur masih ditetapkan iman

No comments: