Dalam pemikiran beliau, pembaca media cetak terbahagi kepada 3 golongan:
1. Golongan majoriti yang mudah terpengaruh dan percaya apa sahaja yang dibaca
2. Mereka yang menolak dan tidak meyakini apa yang dibaca
3. Mereka yang terdiri daripada golongan yang kritis
Menurut beliau juga pada umumnya golongan pertama ialah golongan terbesar dan golongan majoriti. Mereka ini juga adalah golongan yang memiliki pengetahuan paling rendah dan tidak mempunyai akal yang merdeka. Mereka adalah sasaran utama propaganda.
Antara golongan pertama ini juga ialah golongan yang golongan cerdik dan cerdas tetapi pemalas dalam mengunyah lumat bahan media. Disebabkan pemalas, mereka mengunyah sahaja apa yang diterima oleh mereka.

Oleh itu sebagai bloggers yang bijak, jadilah juga golongan pembaca yang bijak.
Wing 0: Baca untuk merangsang pemikiran
No comments:
Post a Comment