Wednesday, April 16, 2008

Alhamdulillah

KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang ke rumah pada jam 5.15 petang semalam setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama hampir enam hari.

Image Beliau dimasukkan ke HSNZ setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit 'minor stroke' (angin ahmar) dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Anaknya, Muhammad Khalil, 31, berkata Tuan Guru dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan sihat.

Katanya, dua doktor pakar telah mengesahkan mutu kesihatan Presiden PAS itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Ayah saya dibenarkan pulang dan kami ahli keluarga sangat gembira dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima di hospital selama hampir enam hari itu.

"Dua doktor pakar yang memeriksa ayah membenarkan dia pulang untuk berehat di rumah," jelasnya kepada Harakah, semalam.

Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat buat seketika waktu ini.

Image Harakah diberitahu, sebelum keluar hospital, Dato' Seri Abdul Hadi turut menerima kunjungan Kerabat diRaja, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim pada jam 3.00 petang.

Selama tempoh beliau berada di hospital tersebut pelbagai pihak datang melawat serta menziarahinya termasuk pimpinan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Umno.

Sehubungan itu, Harakah dimaklumkan Presiden PAS dijangka akan mengadakan sidang media pertama hari ini di kediamannya setelah enam hari menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu. - mr

Sumber diambil dari harakahdaily

Wing 0: Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas

1 comment:

Ainey Nan said...

tan sri muhammad taib, menteri pmbangunan luar bandar trima cadangan guru abdul hadi utk sama2 berbincang menjaga ksejahteraan org melayu..

semoga kemerdekaan 50 tahun ini berkekalan.. dan bangsa kita tidak berpecah-pecah...

insyaAllah...