Friday, March 16, 2007

Peperangan Tak Terhingga

Bahagian 2


Kubu Istana: Tubuh badan manusia

Kita boleh anggapkan tubuh badan kita sebagai kubu istana yang menghalang kemasukkan musuh di setiap penjuru istana. Kulit manusia ialah dinding bagi istana ini.

Keteguhan keratin dalam sel menjadi perisai kepada serangan bakteria dan fungi. Bendasing yang hinggap pada kulit tidak dapat melalui dinding ini meskipun lapisan pada luar kulit yang mengandungi keratin ini sentiasa terkoyak apabila sel sudah mati. Ini kerana kulit baru sentiasa bersedia menyalin kulit ini dengan penghasilan sel baru pada bahagian bawah kulit apabila kulit pada lapisan atas hampir mati. Oleh itu, semua bendasing yang tidak diundang akan dibuang bersama-sama kulit yang sudah mati semasa pembaharuan kulit dilakukan dari dalam ke luar. Walau bagaimanapun, tentera musuh dapat melalui benteng ini sekiranya terdapat luka yang pada kulit.



Tentera Bahagian Hadapan

Salah satu cara virus dapat memasuki badan adalah melalui udara. Tentera musuh memasuki tubuh badan melalui udara yang tercemar. Walau bagaimanapun, rembesan khas dalam mambran mukus nasal dan sel penelanan yang menjadi kubu elemen di dalam paru-paru (fagosit) akan bertembung musuh ini dan mengawal situasi sebelum ia terus merebak ke seluruh badan. Enzim pencernaan dalam asid yang dirembeskan dalam perut dan usus kecil memusnahkan mikrob-mikrob yang memasuki tubuh melalui makanan.

No comments: