Persoalan Fiqh Dawlah dan Siyasah Syar’iyyah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden. Benarlah sabda Nabi Saw :

Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti Syeikh Prof. Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, , Syeikh as-Syahid Abdullah ‘Azzam (1989 m), Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Mustafa As-Siba’ie (1964 m), Syeikh Syahid abd Qadir ‘Awdah ( 1954m), Syeikh Muhd Qutb, Dr Hammam Said, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang sebenarnya.
Kalau dahulu, kita dapat melihat dengan jelas peranan ulama besar dalam melakukan pembaharuan. Imam Abu Hanifah an-Nu’man (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan kaedah mengeluarkan hukum Islam terhadap isu-isu baharu yang tidak terdapat nas khusus, iaitu melalui menggunakan kaedah ‘analogy’ hokum baru kepada hokum asal yang terdapat nas, ia dinamakan Qiyas. Jelasnya itulah keperluan utama di zamannya iaitu menyelesaikan isu-isu baru hasil perkembangan masa dan zaman. Manakala Imam Malik Bin Anas (93-178 H) pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith. Ia tepat di zamannya yang menyaksikan timbul pelbagai hadith-hadith palsu tatkala itu.
Imam Muhammad Bin Idris al-Syafie (150-204 H) dengan peranan utamanya iaitu berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah SAW agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan kelak, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Peranan mereka semua amat bertepatan dengan kalam Rasulullah SAW yang menegaskan : Dari Abu Hurairah ra.

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven, tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan utama dalam Islam hari ini.
Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :

Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan
Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada system Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.
TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK
Siasah menurut bahasa :
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai (Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu
- Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
“Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”
- Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan.
Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khlaifah Umar Al-Khattab ra pula pernah mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.
Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata”
Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :
2 comments:
wah, bgslah note ni pa'an...
bole bagi 1 copy penuh x? nak baca :)
Relax ise,
tinggal satu bahagian lagi
Tunggu.....
Post a Comment