DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM
Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.
Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.
Dalil Pertama : Dari Al-Quran
Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung segala usahaAyat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia secara langsung menyentuh isu politik.
Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi musliminAyat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya.
Dalil Kedua : Dari Al-Hadith
1. Sabda Nabi SAW :
Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorang darinya sebagai ketua”
Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan melarangnya dari kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu
Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah (iqrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah 2. Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, merupakan intipati sebuah perlembagaan negara. Antara lain isinya menyebut isu-isu politik kenegaraan, pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi.
3. Berikut beberapa contoh tindakan siyasah syar’iyyah yang dilakukan di zaman Baginda SAW :
- Nabi SAW bersungguh-sungguh mengecam untuk membakar rumah mereka yang tidak bersolat jemaah.
- Menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukuman sebat sebagai pengajaran.
- Merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Memecahkan bekas-bekas arak dan juga periuk-periuk yang dimasak di dalamnya daging yang haram. Kemudian dinasakh hukum memecahkannya kepada basuh.
- Memerintahkan wanita yang mencaci dan melaknat untanya, agar melepaskannya.
- Memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak bagi kali ke 4, hukum ini dinasakhkan selepas itu.
- Memerintah agar ditangkap Yahudi yang menghentak kepala seorang hamba wanitanya dengan batu, Nabi menerima dakwaan wanita tadi lalu menghukum memukul kepala si Yahudi.
Dalil Ketiga : Dari Athar Sahabat & para ulama mujtahidin
1. Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada Jemaah kecuali dengan Kepimpinan,Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan.2. Imam As-Syafie berkata:
3. Berikut adalah contoh amalan siyasah syar’iyyah oleh para sahabat:
- Saidina Abu Bakar membakar para peliwat.
- Saidina Umar membakar kedai-kedai arak dan membakar kampung yang menjual arak di dalamnya.
- Saidina Umar mencukur rambut Nasar bin Hajjaj serta dibuang daerah kerana ketampanannya terlalu memikat wanita hingga ramai yang berhajat melakukan maksiat dengannya.
- Saidina Umar memukul Sobi’ bin ‘Asal kerana bertanya soalan yang tidak sepatutnya.
- Mengarahkan sahabat tidak memperbanyakkan meriwayat Hadith ketika mereka sibuk dengan Al-Quran.
- Saidina Uthman mengumpulkan Al-quran dengan satu qira’at.
ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN
Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara-perkara umat Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji), manakala antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.


No comments:
Post a Comment