
Termenung sejenak...
Apa yang telah aku lakukan sepanjang 2 bulan 1428H ini?
Memang benarlah orang katakan;
wang antara punca pejuang hanyut mengejar dunia.
Teringat ustaz usop puchong pernah berpesan;
Seorang pejuang harus gunakan sekurang-kurangnya 2 jam sehari
untuk aktiviti jemaah.
Tidak kira apa jua aktiviti termasuk berfikir.
Ya Allah,
hambaMu bersyukur kepadaMu
mengingatkan hambaMu kembali di malam awal Rabiul Awal ini.
Tetapkanlah segala anggota tubuh badan hambaMu
untuk mengabdikan diri kepadaMu
serta berjuang di jalanMu
Murahkanlah rezeki hambaMu
agar hambaMu tidak hanyut dan terkorban dalam mengejar dunia.
Amin
No comments:
Post a Comment