Klik pada gambar untuk dibesarkan
Sumber: Darussyifa'
Pelbagai pendapat dikatakan untuk mengetahui keputusan istiqarah kita. Daripada Tuan Guru Ustaz Harun Din, cara mudah untuk mengetahui pilihan yang terbaik ialah selepas berdoa terus berusaha terhadap apa yang kita pohon. Sekiranya baik akan kita perolehinya. Jika sebaliknya kita redha dan kita tahu bahawa perkara tersebut buka terbaik bagi kita.
Pastikan sepanjang proses menanti keputusan kita terus melakukan solat istiqarah dan menjaga betul-betul hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga dengannya kita dapat terus menjaga hubungan dengan Allah SWT selepas mendapat keputusan kita kita pohon.
Wing 0 pernah berpengalaman dengan istikharah ini ketikamana hendak memilih muslimat yang ingin dijadikan pasangan hidup. Disebabkan hubungan kemesraan Wing 0 dengan muslimat amat kurang pada ketika itu, Wing 0 mengambil masa 6 bulan untuk mendapat keputusan.
Teringat pada hari mendapat 'jawapan' istikharah tersebut, iaitu pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat. Pada hari tersebut selepas solat tahiyatul masjid, Wing 0 mengalunkan zikir-zikir sebelum azan berkemundang. Pada ketika itu terlintas satu nama di hati Wing 0 menyebabkan Wing 0 rasa sungguh pelik. Selepas solat Wing 0 bertemu dengan sahabat-sahabat yang lebih mendalam ilmu mereka tentang agama dan mereka mencadangkan nama tersebut diambil sebagai pasangan hidup Wing 0.
No comments:
Post a Comment