Selepas itu sahabat meminta lagi kebenaran Rasulullah SAW untuk menyembelih unta-unta yang digunakan untuk menunggang ke Tabuk. Rasulullah SAW membenarkan mereka membuat demikian. Ketika hendak sembelih, Saidina Umar yang tidak mengetahui tindakan sahabat menyoal tindakan mereka mengorbankan kenderaan mereka yang digunakan. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan sahabat-sahabat meskipun telah menerima kebenaran Rasulullah SAW lalu berjumpa Rasulullah SAW. Beliau menyatakan ketidaksetujuan menyembelih unta kerana perjalanan pulang dari Tabuk ke Madinah amat jauh dan beliau mencadangkan agar saki-baki makanan yang ada didoakan seperti air perigi yang didoakan Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW diam seketika. Sengaja berbuat demikian supaya para sahabat lain fikirkan perkara yang sama. Akhirnya semua sahabat setuju dan mengambil saki-baki makanan yang ada. Baginda SAW mendoakan makanan tersebut dan akhirnya tiada seorang pun yang tidak mendapat makanan.
Wing 0: Kebijaksanaan Sahabat yang memudahkan Rasulullah SAW
http://www.vbuildernow.com/140159506
www.vervesample.com/140159506
http://cikgusantai.com/farhan
No comments:
Post a Comment