Wednesday, July 13, 2011

Bermula Imam Syafie bergurukan Imam Malik

Pada ketika Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad bin Idris masih belajar dan menjadi salah seorang pelajar yang pintar di Mekah, gabenor Mekah ketika itu mencadangkan beliau berguru dengan Imam Malik di Madinah. Beliau menyediakan sepucuk surat dan minta Imam Syafie membawanya ke gabenor Madinah untuk menjadi orang tengah bertemu Imam Malik.

Setelah Imam Syafie ke Madinah dan memberi surat tersebut kepada gabenor Madinah, beliau dibawa sendiri oleh gabenor Madinah ke rumah Imam Malik. Setiba mereka di rumah Imam Malik, gabenor Madinah memberi salam dan seorang lelaki membuka pintu bertemu mereka. Gabenor Madinah memberitahu lelaki tersebut hasrat yang mereka ingin berjumpa dengan Imam Malik. Lelaki tersebut masuk untuk memaklumkan kepada Imam Malik.

Selang beberapa masa lelaki itu keluar sambil membawa pen dan kertas. Dikatanya Imam Malik meminta gabenor menulis soalan fekah yang ingin ditanya dan jika berkaitan hadith, Imam Malik menyuruh gabenor datang malam esok ke kuliah pengajiannya. Gabenor Madinah merayu agar dapat berjumpa dengan Imam Malik kerana mereka datang membawa permintaan dari gabenor Mekah. Lelaki yang menjadi orang tengah tadi masuk semula.

Dikisahkan gabenor Madinah dan Imam Syafie menunggu sehingga Imam Malik selesai solat sunat 8 rakaat baru beliau datang bertemu mereka. Beliau membawa sebiji kerusi ke depan pintu yang kemudiannya beliau duduk atas kerusi tersebut dan meminta surat daripada gabenor Mekah. Selepas membaca surat tersebut Imam Malik marah gabenor tersebut kerana hal sebegini tidak pernah berlaku dan Imam Syafie dimarah kerana sekiranya dia ingin belajar dia harus datang sendiri, bukan melalui perantara. Semenjak itu bermula lah Imam Syafie bergurukan Imam Malik

Wing 0: Apabila hanya takutkan Allah SWT, makhluk lain akan tunduk kepada kita
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments: