Monday, November 8, 2010

Golongan Bersedekah

Terdapat 3 jenis golongan yang bersedekah

1. Bersedekah diikuti dengan kata-kata
Bersedekah tetapi berkata sesuatu yang boleh menyakitkan peminta sedekah atau hendak menunjuk kehebatan dirinya yang kononnya pemurah. Golongan ini tidak mendapat ganjaran pahala.

2. Bersedekah kerana malu
Bersedekah kerana malu dengan orang di sekelilinginya dan takut-takut dilabel kedekut. Golongan ini juga tidak mendapat pahala.

3. Bersedekah kerana Allah SWT
Golongan yang ikhlas menderma hanyasanya kerana Allah SWT. Tidak kira sedikit atau banyak, sekiranya mampu dia menderma. Sekiranya tidak mampu tidak menderma. Golongan ini mendapat pahala dari Allah SWT

P/S: Mari membiasakan diri dengan menderma

No comments: