Friday, January 22, 2010

Beruzlah

Terdapat 2 jenis uzlah:
1. Beruzlah di tempat yang sunyi seperti gua hutan atau sebagainya.

2. Beruzlah di dalam masyarakat.
Pada masa kini mungkin sukar untuk beruzlah di tempat yang sunyi. Semakin banyak tempat-tempat yang damai telah dibangunkan dengan projek-projek perumahan. Alternatif yang dapat dilakukan ialah dengan beruzlah dalam masyarakat. Terdapat 3 syarat untuk beruzlah dalam masyarakat di sesuatu tempat:

i. Menunaikan solat jemaah
ii. Menunaikan solat jumaat
iii. Menyertai perhimpunan yang disertai oleh orang-orang Islam
(Kesemua perkara di atas di tempat tinggal orang tersebut)

Ustaz Maznan
Teratak Ilmu
13 Januari 2010

P/S: Mungkin satu masa akan lakukannya?

No comments: