Monday, September 28, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu

Ketahui olehmu wahai thalib bahawasanya bagi orang yang menuntut ilmu itu 3 perkara; pertama menuntut ilmu kerana jadi ilmunya bekal di dalam akhirat dan tiada mengkehendaki ia melainkan kerana Allah Taala dan negeri akhirat maka mereka itulah orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan akhirat iaitulah yang dinamakan muttaqin seperti firman Allah Ta'ala yang ertinya "bahawasanya Allah Ta'ala amat kasihlah akan orang yang muttaqin" dan lagi firman Allah Ta'ala yang ertinya "dan ambil oleh kamu bekal di dalam akhirat maka bahawasanya yang terlebih baik daripada bekal itu iaitu takut akan Allah Ta'ala" bermula makna taqwa itu iaitu mengerjakan taat dan menjauhi akan maksiat seperti yang lagi tersebut makna taqwa itu di dalam kitab ini insyaAllahu Ta'ala.

Hidayatul As-Salikin
M/S: 13
Surau Kg Jawa
20 Mei 2009

Terdapat 3 sebab menuntut ilmu di mana sebab pertama ialah mendapatkan bekalan akhirat disamping memohon keredhaan Allah SWT. Golongan ini dinamakan golongan muttaqin dan mereka ini memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat kerana golongan ini ialah golongan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa bermaksud melakukan apa yang Allah SWT suruh dan meninggalkan perkara yang Allah SWT larang. Penjelasan berkaitan taqwa akan dirungkai secara lebih mendalam dalam bab yang akan datang dalam kitab ini. InsyaAllah.

Wing 0: Mudah tetapi sukar dilaksanakan

No comments: