Monday, June 29, 2009

Tahniah kepada Pelajar Baru Universiti

Seperti biasa apabila tiba minggu orientasi universiti pak guard akan ditugaskan untuk mengawal kemasukan orang luar ke dalam universiti. Kepada yang tiada pelekat kenderaan selalunya akan diminta berhenti untuk di’soal siasat’. Namun berbeza bagi mereka yang pak guard sudah kenal. Meskipun dah lebih 2 bulan masuk keluar universiti, pak guard tidak pernah tahan untuk di’soal siasat’ (Skill mau ada la).

Hari ini kelihatan pelajar lebih ramai daripada sebelum ini. Pelajar baru universiti sessi 2009/2010 sudah mula menghadapi minggu orientasi mereka. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya masuk universiti. Semoga kemasukan ini akan menjadikan anda lebih matang dalam menghadapi dunia realiti pada hari ini. Berhati-hatilah terhadap setiap perkara yang didengar atau disuruh ketika berada dalam universiti ini agar tidak terperangkap oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

Gunakanlah masa anda sebaik-baiknya kerana masa akan jadi kawan yang banyak membantu atau lawan yang yang banyak menyusahkan sekiranya tidak digunakan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan masa anda. Meskipun jadual kuliah telah tetap namun pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk tidak menghadiri kuliah dalam masa sama rekod kehadiran pensyarah menulis yang kita hadir ke kuliah tersebut (Ilmu yang tak perlu dipelajari). Semoga anda berjaya menghadapi era baru anda.

Good luck!
Wing 0
Jihad fi Sabilillah

1 comment:

ذكية احمد said...

insya Allah... saya tak homesick.. kuat dan tabah... kne lawan.. hihi..

oo gelakkan orang ye..

jadi demo lagi ke??