
Naib Ketua Pemuda PAS pusat pada masa itu, Ustaz Azman Shafawi bertemu dengan Tuan Guru untuk mengetahui siapa calon yang Tuan Guru pilih. Tuan Guru berkata kena tanya Allah dahulu dalam erti kata akan membuat istikharah dahulu.
Setelah 3 hari Ustaz Azman Shafawi berjumpa dengan Tuan Guru kembali tanya soalan yang sama. Tuan Guru kata beliau bermimpi sesuatu yang pelik. Ustaz Azman minta diceritakan manakan tahu kot-kot dia boleh faham mimpi tersebut (Padahal memang tak akan faham pun =-)
Tuan Guru bercerita beliau bermimpi yang beliau berada di satu masjid. Beliau susah untuk menyempurnakan wudhu' beliau. Selepas selesai beliau masuk ke masjid. Pada masa itu orang ramai meminta beliau menjadi imam. Namun yang peliknya mereka meminta beliau mengarah ke arah matahari naik, bukan arah qiblat. Tuan Guru menyatakan arah ini tidak betul tetapi masih diminta untuk mengarah ke arah matahari naik.
Sememangnya Ustaz Azman Shafawi tidak memahami mimpi tersebut. Tuan Guru bercadang untuk berjumpa dengan Tuan Guru Dr Haron Din untuk menafsir mimpi tersebut. Menurut Tuan Guru Dr Haron Din, mimpi tersebut membawa maksud yang semua nama-nama tersebut bukan calon yang sesuai dan Tuan Presiden diminta memilih calon pilihan beliau sendiri. Hasilnya kemenangan berpihak kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2631 undi.
Isi ucapan
Ustaz Azman Shafawi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Sessi 2009-2011
Ijtima' Pemuda PAS Pulau Pinang
Pongsu Seribu, 21 Jun 2009
No comments:
Post a Comment