
Ramai yang tidak menyedari anak luar nikah atau bahasa yang biasa digunakan "anak haram" boleh lahir daripada perkahwinan yang "halal". Perkara ini berlaku apabila si bapa perempuan yang masih dalam ihramnya menjadi wali kepada anaknya (atau mewakilkan wali). Pelbagai kesalahan boleh berlaku ketika mengerjakan ibadah umrah dan haji yang menyebabkan seseorang tidak terlepas daripada ihram meskipun sudah balik ke tanah air. Antaranya bahu kiri tersasar daripada menghadap kaabah ketika tawaf kerana sibuk hendak selak buku membaca doa-doa khas mengelilingi Kaabah (Hakikat sebenar tiada nas yang menyatakan ada doa khas untuk setiap pusingan kaabah). Ada juga yang mewakilkan orang untuk melakukan tawaf untuk dirinya. Ditanya sebab apa melakukan perkara-perkara ini, katanya ada orang lain kata boleh nak buat perkara tersebut.
Apabila orang ini pulang daripada haji atau umrah dia masih berada dalam ihram dan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam ihram ialah berkahwin atau menjadi wali. Sekiranya dia melaksanakan perkara tersebut yakni berkahwin atau menjadi wali maka tidak sahlah perkahwianan itu dan sekiranya pasangan pengantin itu melakukan persetubuhan maka ini dinamakan zina. Oleh itu dinasihatkan kepada mereka yang ingin pergi menunaikan umrah atau haji belajarlah dahulu sebelum melaksanakan rukun Islam yang ke-5 ini. Janganlah terlalu tergesa-gesa dan memandang enteng sehingga menyebabkan generasi anda yang menjadi mangsa atas kecuaian anda.
Wing 0: Tak pergi haji pun boleh sertai khursus haji
No comments:
Post a Comment