Sunday, May 10, 2009

Niat Belajar

Kata Imam Ghazali pada permulaan kitab Bidayatul Hidayah ertinya maka ketahui olehmu bahawasa jikalau engkau kehendaki dengan menuntut ilmu itu akan bersedap-sedap dan bermegah-megah dan terdahulu atas orang yang semasamu dan supaya cenderung muka manusia kepadamu dan menghimpunkan kekayaan dunia nescaya engkau mengusahani pada meruntuhkan akan agamamu dan membinasakan dirimu dan engkau jual akhiratmu dengan duniamu maka perjualanmu itu rugi dan perniagaanmu itu tiada laku dan orang yang mengajar akan dikau itu menolong bagimu atas maksiat dan menyengutui ia akan dikau di dalam kerugianmu dan iaitu seperti menjual pedang kepada orang yang merampas di jalan yang demikian itu perbuatan maksiat seperti sabda Rasulullah S.A.W barangsiapa menolong akan seorang atas berbuat maksiat dan jikalau dengan setengah perkataan sekalipun maka adalah ia jadi menyengutui di dalamnya.

Ertinya dan jikalau ada di antaramu dan qasadmu antaramu dan antara Allah taala daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayah tiada semata-mata riwayat maka suka ia olehmu kerana bahawasanya malaikat itu mengamparkan ia bagimu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan segala ikan laut memohonkan ampun bagimu kepada Allah taala apabila engkau usaha di dalam menuntut ilmu itu.
Hidayatul As-Salikin
M/S: 11 hingga 13
Surau Kg Jawa
6 Mei 2009

Dalam menuntut ilmu, Imam Ghazali berpesan sekiranya kita menuntut ilmu kerana;
i. Untuk keselesaan hidup
ii. Bermegah-megah
iii. Pangkat
iv. Menarik minat orang
v. Himpun kekayaan
sesungguhnya tindakan kita hanya memruntuhkan agama, membinasakan diri dan menjual akhirat kepada dunia di mana usaha tersebut tidak laku dan hanya mendatangkan kerugian.

Dan pesannya juga sesiapa yang mengajar kita melakukan kejahatan atau kemaksiatan maka mereka juga akan tergolong antara orang yang bersubahat dengan kita.

Sekiranya kita mempelajari ilmu semata-mata untuk memohon hidayah Allah SWT dan bukan hanya untuk tujuan untuk mencerita kepada orang lain maka sepanjang perjalanan kita ke tempat menuntut ilmu, malaikat akan menyebarkan sayap mereka dan ikan-ikan di lautan akan memohon keampunan bagimu sepanjang kita berusaha menuntutnya.

Wing 0: Ikhlaskan hati menuntut ilmu

No comments: