Haji terbahagi kepada:
1. Haji Ifrad
2. Haji Tammattu'
3. Haji Qiran
Ini berdasarkan hadith berikut;
Dari Aisyah R.A berkata: "Di antara kami ada yang ihram untuk haji Ifrad (mendahulukan haji daripada umrah), ada yang ihram untuk haji Qiran (mengerjakan haji digabungkan dengan umrah sekaligus) dan ada pula yang ihram untuk haji Tammattu' (mendahulukan umrah daripada haji)."
H.R. Muslim
H.R. Muslim
Haji Ifrad ialah haji yang dilaksanakan dalam bulan haji dan umrah dilakukan selepas bulan haji. Mereka yang melakukan haji Ifrad tidak dikenakan dam kerana melakukan umrah di luar musin haji.
Haji Qiran dibahagikan kepada dua kaedah:
Kaedah pertama berniat haji dan umrah serentak dalam bulan haji tetapi hanya mengerjakan amalan-amalan haji sahaja.
Kaedah kedua berniat mengerjakan umrah dalam bulan haji tetapi menukar niat untuk mengerjakan haji sebelum tawaf. Contoh keadaan kaedah kedua ini apabila seorang wanita yang ingin melakukan umrah tetapi datang haid sebelum sempat menunaikan tawaf dan tempoh haid tersebut berlangsung sehingga waktu ke Arafah sudah tiba. Ketika ini dia menukar niat untuk melakukan haji qiran. Begitu juga keadaan seorang lelaki yang tiba-tiba pengsan sebelum mengerjakan tawaf dan hanya sedar ketika waktu hampir ke Arafah. Dia boleh menukar niat haji tammattu' ke haji qiran.
Masalah yang berlaku berkaitan kaedah kedua ini apabila seseorang yang mengerjakan tawaf tetapi tidak sempat menghabiskan tawafnya sehingga tiba masa untuk ke Arafah. Contohnya seorang perempuan yang datang haid ketika sedang melakukan tawaf. Tempoh haidnya berlarutan sehingga hendak bertolak ke Arafah. Mazhab shafie tidak membenarkan untuk melakukan haji sekiranya ini berlaku. Oleh itu bagi mereka yang mengalami masalah ini boleh bertaqlid kepada mazhab Maliki iaitu mengubah niat kepada haji qiran.
Haji Tammattu' pula ialah kerja-kerja umrah yang dijalankan dalam bulan haji dan haji juga dilakukan pada bulan haji tahun yang sama. Haji ini dikenakan dam kerana umrah dilakukan dalam bulan haji.
Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji tammattu', perkara tersebut boleh berlaku;
1. Haji bertukar ke haji Ifrad
Melakukan niat bersyarat. Contohnya berniat melakukan haji tammattu' tetapi jika berlaku sebarang yang tidak diingini sebelum atau ketika melakukan umrah, dibatalkan umrah dan niat ditukar ke haji ifrad.
2. Haji bertukar ke haji Qiran
Sama seperti kaedah kedua haji Qiran.
3. Bertaqlid dengan mazhab Maliki untuk tukar ke Haji Qiran
Sama seperti masalah yang berlaku dalam kaedah kedua Haji Qiran.
4. Tidak diterima haji
Kerana silap bertaqlid
Wing 0: Pilih yang bersesuaian dengan penerbangan haji

No comments:
Post a Comment