"Tun Dr. Mahathir dah masuk UMNO balik."
"Kabinet baru bakal menjadikan negara huru-hara."
Demikian persoalan dan tajuk perbincangan yang berlegar di sekeliling saya pada ketika ini. Gerakan pihak KERAjaan Barisan Nasional yang banyak disokong oleh media-media yang dimanipulasi mereka berusaha memberi tekanan kepada pihak yang ingin menentang mereka. Ada berita yang dipandang entang oleh pejuang Islam dan ada juga yang melatah dengan provokasi mereka. Segala-galanya terpulang kepada pendapat setiap individu.
Sekiranya dikaji sejarah perjuangan umat yang berusaha menegakkan kalimah Allah SWT, mereka tidak lekang daripada menghadapi tentangan daripada pihak musuh. Sunnatullah telah menetapkan perjuangan ini bukan satu langkah yang mudah. Hatta para Nabi dan Rasul juga tidak terlepas daripada sunnatullah ini. Nabi Ibrahim as. dengan Raja Namrud, Nabi Musa as. dengan firauan, kisah ashabul kahfi, ashabul ukhdud sehinggalah Nabi Muhammad SAW dengan para musyrikin Mekah.
Tak Perlu Pandang Tinggi
Sejarah telah mengajar kita, musuh yang menentang gerakan memuncakkan kalimah Allah SWT ini terdiri daripada golongan yang cukup berkuasa dan cukup berpengaruh. Penentangan oleh Raja Namrud, Firaun, Qarun, Abu Lahab, sehinggalah ke kerajaan Rom dan Parsi memberi panduan kepada kita bahawa perjuangan ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ini memberi peluang kepada pejuang untuk sentiasa berusaha sehabis baik dari sudut perancangan dan tindakan untuk menghadapi pihak lawan. Sedikit kesilapan boleh membawa padah yang besar. Hikmah ini mendidik kita agar sentiasa berwaspada meski berada dalam zon yang selamat. Doa dan tawakal juga antara bekalan yang sentiasa perlu dibawa dalam apa jua keadaan sekalipun. Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat [1]. Inilah yang akan melahirkan nikmat keseronokan berjuang dalam medan ini. Golongan yang sentiasa mengambil jalan mudah dan selamat tanpa sebarang risiko tidak akan merasai nikmat betapa indahnya perjuangan ini.
Jangan Pandang Rendah
"Pejuang Islam pasti menang kerana bilangan kita ramai."
Itu antara antara pendapat-pendapat pejuang Islam ketika hendak ke perang Hunain di zaman Nabi Muhammad SAW. Terlalu yakin dengan jumlah tanpa menghiraukan kelicikan pihak lawan sehingga memaksa pejuang yang ikhlas sahaja tinggal di medan perang. Satu petanda yang mengajar kita bahawa kesombongan dan keegoan akan mengundang padah kepada pejuangan ini. Tidak kira siapa musuh dan betapa lemahnya mereka, kita tidak seharusnya merendah-rendahkan musuh sehingga melalaikan kita daripada matlamat perjuangan kita yang sebenar.
Oleh itu maka perlulah para pejuang Islam yang berada dalam saf perjuangan yang diusahakan yakin bahawa tentangan yang ditempuhi mereka adalah sunnatullah yang perlu mereka alami. Kekuatan atau pengaruh musuh bukanlah menjadi kayu penghalang untuk ditempuhi dan kelemahan musuh bukanlah untuk dipandang rendah oleh kita. Sesungguhnya perjuangan ini memerlukan usaha dan perancangan yang konsisten yang perlu diiringi dengan doa dan tawakal kepada yang akan memberi kemenangan kepada kita.
[1] Al-Baqarah: 214

Wing 0: Perjuangan umpama roda. Kita boleh berada dimana-mana sahaja
No comments:
Post a Comment