Thursday, January 1, 2009

Mari Bantu Saudara Kita di Palestine


"Mereka pun tak bersatu. Apa boleh buat".

"Kena kena kuasai ekonomi dunia dulu, baru boleh kalahkan Israel".

Ayat paling biasa yang saya perolehi apabila hendak berbincang dengan tentang isu Palestine. Cuba mengelat apabila membincangkan tentang saudara-mara kita yang berada di luar sana. Dalam Al-Quran Allah SWT telah merakamkan bahawa semua orang mukmin adalah bersaudara (Rujuk Al-Hujurat: 10). Namun disebabkan minda umat Islam kini yang telah dipandu oleh nasionalism maka tidak hairanlah masing-masing tidak menghiraukan saudara kita seIslam di negara lain. Lebih teruk lagi apabila ekstrim dengan bangsalism.

Membantu Rakyat Palestine
Hadith Rasulullah SAW telah memperingatkan sekiranya tidak mengasihi saudara seIslam sepertimana mengasihani diri sendiri maka mereka bukan daripada umat Baginda SAW (Rujuk Hadith 40, Hadith ke-13). Sebagai saudara yang berada jauh daripada Palestine dan terbatas untuk membantu rakyat Palestine, marilah sama-sama kita mendoakan Qunud Nazilah, semoga dengannya dapat merosakkan segala perancangan Yahudi laknatullah dan memusnahkan mereka daripada muka bumi Palestine.

Klik pada gambar untuk besarkan

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada warga Palestine untuk menghadapi serangan Yahudi Laknatullah.

Wing 0: Kekalahan Yahudi laknatullah pasti tiba

No comments: