Seramai 480 orang telah daftar untuk pengajian Darussiya' pada kemasukkan sessi ke-21 pada tahun hadapan. Pada pengijazahan tahun ini, pengerusi Darussyifa', Ustaz Abdul Rahman dalam ucapannya telah menyatakan bahawa daripada perbincangan dengan Tuan Guru Dato Dr Haron Din tentang bilangan yang makin meningkat ini, Tuan Guru telah memberi 2 cadangan;
1. Membesarkan lagi bangunan Darussyifa'.
2. Menapis kemasukan pelajar pada tahun ini.
Hasil mesyuarat jawatankuasa darussyifa' telah bersetuju untuk menapis kemasukan pelajar tahun ini daripada 480 orang kepada 400 orang. Oleh itu temuduga yang bakal dijalankan pada 27hb Disember ini bakal menjadi penentu bagi mereka yang ingin mendapat tempat belajar di Darussyifa' pada tahun hadapan. Oleh itu diharap kepada mereka yang mendaftar ini agar bersedia untuk temuduga.
Bagi mereka yang berjaya dalam temuduga, mereka akan menjadi pelajar sessi ke-21. Namun bagi mereka yang gagal, kelas khas berkaitan dengan tajwid akan diadakan untuk mereka sertai sepanjang tahun hadapan. Sekiranya mereka dapat sertai kelas ini dengan cemerlang, insyaAllah nama mereka akan automatik menjadi pelajar pada sessi ke-22 nanti.
Ada beberapa bahagian yang ditanya dalam temuduga. Seingat saya pada sessi lepas, bab yang disoal kepada saya;
1. Bacaan ayat-ayat Al-Quran
2. Aqidah
3. Ibadah
4. Sirah
Semoga mereka yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu di Darussyifa' ini berjaya dalam temuduga tersebut. Good luck
Wing 0: Segala maklumat terkini adalah daripada pengerusi Darussyifa'
No comments:
Post a Comment