Tuesday, September 23, 2008

Di dalam perjalanan

Sudah 23 hari berpuasa di Bulan Ramadhan. Berbaki seminggu untuk diteruskan puasa pada bulan ini. Begitu cepat masa berlalu. Supermarket-supermarket semakin ramai pengunjung, kuih-kuih raya semakin banyak dijual dan dibeli, baju-baju semakin banyak yang sudah siap ditempa, dan seperti biasa perkara yang amat menyedihkan; surau semakin sunyi.

Bagi saya tahun ini agak istimewa kerana berpeluang mengaut banyak ilmu dari ulama'-ulama' dan ustaz-ustaz yang tersohor di negara ini. Satu kenikmatan yang diperolehi setelah kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Meskipun masih ada 1001 masalah yang masih menghantui negeri Selangor ini namun bagi saya dalam sudut dakwah sedikit langkah telah mara ke hadapan dalam usaha memberi kefahaman kepada masyarakat.

Pada ketika ini masih ada hamba-hamba Allah yang berusaha mencari malam lailatul-qadar. Semoga kita bersama-sama dapat menemui malam tersebut.

Wing 0:Mengisi ruang dalam kesempitan

2 comments:

.:sanDORA:. said...

Alhamdulillah.. nanti byk ilmu buleh kongsi dengan kawan2.. Selamat Hari Raya!

Farhan Yusri said...

InysaAllah...
Selamat Hari Raya