Friday, August 22, 2008

Di kala petang 20 Sya'ban


Sudah petang 20 Sya'ban. Tirai Sya'ban semakin melabuh. Namun detik dan peristiwa yang berlaku di sekeliling masih belum menampakkan penghujungnya. Masing-masing masih bejuang mempertahankan hak masing-masing disamping ada yang sedang menunggu mangsa. Ada yang ketawa, ada yang menangis, ada yang risau dan banyak lagi perasaan membelenggu masyarakat. Masing-masing mengejar hasrat dan cita-cita. Teringat ingatan dalam surah at-takathur ayat 1 dan 2;

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur.


Universiti Bukan Kayu Ukur Kecerdikan?
Geli hati melihat gelagat adik-adik UiTM yang berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kuota UiTM tidak dibuka kepada bukan Melayu. Mengorbankan masa dengan sia-sia untuk melakukan demonstrasi yang tiada hala tuju. Seronok bergambar-gambar lagi ketika berdemonstrasi. Kononnya memperjuangkan hak. Sekali akan dikenakan tindakan disiplin baru padan muka. Mesti terdetik di hati yang semua tidak akan dikenakan tindakan memandangkan mendapat restu dari orang atas. Ops, betul ke istilah ni? Mendapat restu ke atau menjadi tunggangan orang atas?

Apa la sangat yang Menteri Besar Selangor boleh lakukan berkaitan kuota UiTM ni. Dia bukannya Menteri Kementerian Pengajian Tinggi yang mempunyai autoriti membuka kuota-kuota ni. Namun saya respek dengan pimpinan pelajar UiTM ni. Meskipun akan dikenakan tindakan tetapi masih nak berdialog dengan Ketua Menteri Selangor. Menunjukkan betapa kecilnya otak orang yang berjiwa besar ini dalam mengambil tindakan. Langsung tidak mampu berfikir ke hadapan. Apa yang nak daripada pertemuan itu tak tahu la. Kalau sekadar nak tunjuk betapa pekanya dia kepada bangsa Melayunya lebih baik tengok dulu betapa rakusnya KERAjaan BN telah menoda bangsa Melayu pada masa kini. Ini ke pemimpin masa depan?

Agama dijadikan alat politik
Melihat kes Saiful yang mengangkat sumpah sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh, hati ini sudah terdetik bahawa KERAjaan BN yang dikepalai UmNO sememangnya sudah ketandusan strategi dalam berhadapan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini. Sungguhpun begitu dalam peperangan tidak seharusnya musuh dipandang rendah sehingga berakhirnya peperangan kerana ini mungkin boleh jadi satu strategi untuk melalaikan pejuang-pejuang dalam menghadapi musuh. Kejatuhan kerajaan Terengganu kepada BN perlu diambil tauladan agar peristiwa ini tidak berlaku lagi.

Namun di sini yang saya cukup kecewa apabila 'tindakan' Islam itu dijadikan alat untuk meraih simpati. Benarkah wujudnya angkat sumpah menggunakan Al-Quran di masjid? Ada ke sirah atau sejarah yang dijadikan rujukan? Persoalan yang lebih besar ke mana golongan atau kumpulan yang selalu membid'ah orang dalam melakukan ibadah? Apa pendirian kelompok-kelompok ini? Itu belum lagi dikaitkan dengan fakta-fakta yang begitu mengelirukan dalam sumpahan tersebut. Apa nak jadi dengan golongan sebegini. Tahu tak ada syurga dan neraka ni? Tau tak bila nak mati ni?

Peristiwa yang umat Islam lupakan
Mimbar Jumaat pada hari ini membawa satu kisah yang hampir-hampir dilupakan atau mungkin boleh dikatakan tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia ini. Kisah pembakaran Masjid Aqsa yang telah berlaku 39 tahun lalu. Bertarikhkan 21 Ogos 1969 peristiwa hitam yang berlaku di Palestine itu cukup mencabar kedudukan Islam pada ketika itu. Kisah yang bukan sahaja membakar mimbar Salahuddin Al-Ayubi malah membakar maruah umat Islam seluruh dunia.

Apa perasaan kita apabila mendengar kisah ini? Ala, negara orang. Apa nak dirisaukan. Janji negara kita masih selamat. Lagipun bukan tak tahu negara mereka tak bersatu-padu. Alasan biasa diberi rakyat Malaysia. Langsung dipermain-mainkan oleh kaum laknatullah. Tahukah atau perlukah diingat bahawa hadth Nabi SAW telah menjelaskan bahawa;

Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri.

Sebuku Al-Quran mengingatkan "wahai manusia...", atau "wahai orang-orang yang beriman..." Langsung tiada wahai-orang-orang yang Islam. Ramadhan sudah hampir. Hanya orang-orang yang beriman disuruh berpuasa sepertimana dijelaskan dalam Al-Quran;

Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa.

Puasa menjadi salah satu rukun yang mencukupkan rukun Islam. Adakah benar-benar kita berpuasa sedangkan iman kita masih di tahap ragu-ragu?

Masih berpeluang
Kurang 9 hari sahaja lagi. Namun masih ada masa memperbetulkan diri untuk persediaan menghadapi Ramadhan. Perubahan bukan untuk Ramadhan semata-mata tetapi perubahan yang menjadi darah daging kita untuk baki masa kehidupan yang masih diberikan kepada kita. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi permulaan yang baik dalam menggarap segala kelebihan demi menghadapi mehnah tribulasi di masa akan datang


Wing 0: Menghitung hari

No comments: