Sunday, June 8, 2008

Selamat Pengantin Baru Rafaie

Rafaie dan Rashidah

Pada 1 Jun lepas, berlangsung perkahwinan antara sahabat saya, Rafaie dan Rashidah. Kedua-dua mereka x-upm ketika ijazah tetapi di bidang yang berlainan. Rafaie mengikuti bidang kimia perindustrian manakala Rashidah dalam bidang kaunseling. Mereka berkenalan melalui persatuan yang disertai; Persatuan Mahasiswa Islam UPM. Kini Rafaie sedang menyambung pelajarannya dalam bidang master sambil menjalankan perniagaan manakala zaujahnya (isterinya) menjadi guru di Bandar Sunway.


Pada hari tersebut, saya, Hanif dan Hafiz, kesemuanya pelajar siswazah sekali dengan Rafaie telah ke kendurinya yang berlangsung di Sabak Bernam iaitu tempat asal zaujahnya, Rashidah. Kami bertolak dalam jam 10:15 pagi setelah berkumpul di Masjid UPM dengan menaiki kereta Myvi Hafiz. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam diisi oleh kami dengan sembang-sembang berkenalan antara satu sama lain memandangkan kami mula berkenalan ketika menyambung master di UPM. Pada masa ini Hanif dan Hafiz baru habis semester pertama manakala saya sudah habis semester kedua. Walaubagaimanapun kedua-dua mereka 2 tahun lebih tua dari saya :-p

Taufiq, Nanang (Syari) dan KACZ

Kami tiba di Sabak Bernam dalam jam 12:45 tengah hari. Agak terlajak dari simpang yang sepatutnya kami masuk tetapi berjaya sampai ke rumah pengantin. Ketika kami tiba Rafaie dan Rashidah sudah berada di meja makan pengantin. Kebetulan ketika itu juga saya berjumpa dengan 3 lagi pemuda Serdang; Nanang, KACZ dan Taufiq. Ketibaan kami disambut oleh Prof Aspollah, pakcik kepada Rashidah. Beliau juga melayan kami ketika kami sedang menjamu selera. Daripada cerita beliau, kampung tersebut juga meupakan tempat asal beliau. Setiap kali cuti beliau akan balik ke kampung beliau tersebut. Beliau juga memperkenalkan makanan tempatan yang diletakkan sekali di atas meja. Makanan di kenduri itu alhamdulillah, sedap.

Hanif yang bakal mengiringi Rafaie menjadi Raja sehari :-D

Setelah mengisi perut yang kekosongan sepanjang perjalanan sebelum ini, kami sempat bertemu dengan Rafaie dan bergambar-gambar dengannya. KACZ dan Taufiq juga turut bersama-sama bergambar dengannya. Rafaie dilihat agak sibuk melayan tetamu yang sampai ketika itu. Diikutkan kisah lama, Rafaie adalah rakan KACZ sejak di Maktab Mahmud lagi. Rashidah pula sekolej dengan KACZ ketika ijazah dan sama-sama terlibat dengan AJK surau. Dalam kata lain, KACZ memang kenal sangat kedua-dua pengantin ini.

Hafiz, Rafaie, Taufiq dan .....

Setelah selesai semua kami singgah di masjid berhampiran untuk jamak taqdim sebelum berangkat pulang. Setelah selesai kami bertolak balik dengan KACZ mengiringi kami dari belakang dengan kereta yang dipandunya. Dia dan Taufiq bermalam di Teluk Intan sebelum hari kenduri tersebut. Dalam perjalanan kami sambung sembang-sembang kami. Dalam perjalanan juga kami hampir-hampir kemalangan apabila kereta di hadapan brek mengejut ketika berada di sebelah kanan jalan. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Hafiz menghantar saya dan Hanif sampai ke rumah...


Wing 0: Selamat pengantin baru. Semoga hasrat 'melahir'kan team bola tercapai

No comments: