Wednesday, May 14, 2008

YB Menteri Besar Perak: Menggunakan Kesempatan dalam kesempitan

Mari lihat video di bawah (sehingga habis).



Kesempitan arus media perdana yang menutup peluang dan gambaran tindakan-tindakan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima buah negeri dilihat sebagai peluang untuk Parti Barisan Nasional untuk memperdayakan rakyat yang menonoton atau mendengarnya. Namun yang demikian bukanlah mengejutkan jika perkara yang berlaku adalah disebaliknya. Ini telah digambarkan dalam kitab suci Al-Quran; mereka merancang (tipu daya) dan Allah juga merancang, (sesungguhnya) Allah sebaik-baik perancang.

Teringat ketika bersembang dengan supervisor yang berbangsa cina kelmarin.

Dr tanya, "Macam mana Pulau Pinang di bawah DAP?"

Saya kata, "Sama je la buat masa ni." (Nak kata UMNO dulu perjuang hak orang Melayu kat Pulau Pinang tak ada la pulak semasa BN memerintah. Asyik gaduh sesama sendiri nak jawatan ada la. Siap ada baling kerusi dalam mesyuarat. Percayalah...).

Kemudian Dr. tanya, "Betul ke ramai orang Melayu pangkah pembangkang."

Saya kata, "Yang mana terdedah isu dan tahu isu semasa ada la yang berani buat perubahan."

Dr jawab balik, "Ya la. Itu UMNO cakap banyak saja. Semua bagi kroni. Mana ada bumiputera, umnoputera ada la."

Tersenyum simpul. Mana dia ambil istilah tu. Nak kata keluar surat khabar tak pernah dibaca la pulak. Ada la sekali tu terbaca dalam harakahdaily (Tulisan ustaz Idris Ahmad). http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14415&Itemid=28

Tapi apabila ditanya mana dapat istilah tu dia kata ada dalam surat khabar. (Tak tau la pulak kalau surat khabar cina ada tulis :-)

Diharap apa yang ditazkirahkan oleh Menteri Besar Perak ini dapat dijadikan ingatan kepada para penyampai media termasuk media alternatif dalam memastikan apa yang disampaikan adalah telus dan benar. Biarlah berita tersebut tidak menyebelahi pihak yang kita sokong, yang penting sifat tanggungjawab yang akan dipersoal di akhirat kelak perlulah dititik beratkan.

Wing 0: Berani kerana benar, takut kerana salah

No comments: