
Pada hari pertama, persidangan berlangsung dengan hangat dan gamat dengan tikaman lidah sehinggakan siaran langsung persidangan parlimen akan dikaji semula. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyalahkan pembangkang yang dikatanya tidak menghargai dan menyalahgunakan institusi Parlimen semasa persidangan hari ini (Utusan Online - 1 Mei 08). Soalan pertama bermula pada jam 10:55 pagi, hampir sejam selepas sidang bermula.
Kreadibilit speaker dewan rakyat diuji dengan pelbagai pertikaian yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Menurut YB Salahuddin Ayob sidang berlangsung dalam keadaan ahli veteran menguji pembawaan dan kewibawaan speaker yang baru dan ahli baru yang cuba membiasakan diri manggunakan peraturan mesyuarat.
Sidang yang berlangsung terlalu panas sehinggakan cuma 3 soalan sahaja yang dapat dikemukakan daripada kebiasaan 12 sehingga 15 soalan pada sidang pagi. Kebanyakkan mempersoalkan peraturan mesyuarat. Sidang dipanaskan lagi apabila usul tergempar yang dibawa oleh YB Salahuddin Ayob berkaitan desakan kerajaan pusat mengembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu ditolak oleh speaker.
Berita-berita penuh mengenai parlimen pada hari pertama boleh dibaca melalui link di bawah:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14181&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14183&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14184&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14188&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14189&Itemid=28
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9515
Wing 0: Ini baru debat parlimen
No comments:
Post a Comment