Saturday, May 3, 2008

Ketua Menteri PP guna Economi Class

Gambar diambil dari http://mrmanager.blogspot.com/

Nak puji lebih-lebih pun macam la pemimpin Islam yang lain tak buat. Namun kekuatan mempromosikan isu menyebabkan kadang-kadang dilihat golongan yang bukan berpaksikan perjuangan Islam yang lebih menonjol. Walau bagaimanapun tindakan ketua menteri Pulau Pinang ini dipuji kerana berusaha mengotakan apa yang dikata.

Berikut adalah sebahagian petikan yang diambil dari http://mrmanager.blogspot.com/

As Ning and I were lining up to board our flight to Penang on Wednesday afternoon, I spotted a familiar face standing in front of us in the queue. So I whispered to Ning.

Me: Look in front of us. It's Guan Eng.

Ning: Who?

Me: YAB Mr. Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang.

Ning: No lah.

Me: Yes lah! I know how he looks lah. It's the CM lah.

Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he's the CM, where's the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat?

Me: Tak percaya? Watch and learn.


So I walked up to Yang Amat Berhormat, introduced myself and asked to take a picture. He smiled and obliged.

YAB CM: Hey, I know you! You're Ning Baizura!

Ning: YAB Lim, good afternoon.

YAB CM: Come, come, we take a picture. Vernon, here's my card. Email me the pictures OK.

Me: Definitely, sir.


Ambik kau. CM pun peminat katanya!

Ning and I really felt honoured. But we felt more surprised that the Chief Minister of a state was travelling all by himself like any normal rakyat jelata. But the biggest surprise in store for us was yet to come.

As usual, we sat in First Class. I expected the CM to be seated somewhere in front of us but then I realised he wasn't in First Class. Where did he disappear to???

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?

YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example.

Of course I asked permission to take his picture sitting in Economy and he laughed. And I said I'd blogged about it and he laughed some more, and gave permission. Ketua Menteri yang berjiwa rakyat.



Ketua Menteri Pulau Pinang telah beberapa kali membuat kejutan dengan tindakan beliau yang cukup berjiwa rakyat. Bukan hendak menafikan tindakan pemimpin lain tetapi peranan yang dimain oleh media terutama bloggers yang dikatakan medium Pakatan Rakyat kurang mengetangahkan tindakan pimpinan terutama dari pimpinan PAS.

Tindakan 'tidak sengaja' bloggers di atas bertemu Lim Guang Eng atas kapal terbang menunjukkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak hanya retorik ketika berkata beliau ingin jadi seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Semoga beliau dibuka pintu hati untuk menerima Islam kelak.

Apa yang mengecewakan apabila kebelakangan ini ada berlaku pertengkaran di antara blogger-blogger yang tidak berpuas hati kerana tindakan pemimpin dari PAS yang dilihat tidak betul baginya. Sememangnya dalam jemaah Islam tidak salah untuk menegur pimpinan kerana wujudnya konsep wala' dan thiqah antara pemimpin dan ahli. Namun adakah betul saluran yang digunakan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati ini? Takut-takut tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dalam kata lain kita telah menzalimi saudara seIslam kita.

Perkara yang lebih kurang sama berlaku apabila ada blogger (diistilahkan blogger B) yang ingin counter isu yang disampaikan oleh blogger di atas tadi (diistilahkan blogger A). Tindakan blogger B yang mengumumkan nama blogger A dengan cara memperkecilkan blogger A adalah tindakan yang cukup kurang bijak. Kadang-kadang dilihat cara blogger A berkias dalam ayatnya yang gagal difahami oleh blogger B menunujukkan blogger B kurang teliti dalam mencounter isu tersebut.

Diharap isu ini dapat ditangani oleh blogger-blogger dengan bijak. Jangan disebabkan nola setitik rosak susu sebelanga. Blog ada medium utama rakyat pada masa kini. Janganlah disebabkan tindakan blogger jatuh maruah dan reputasi Islam yang kian melangkah ke arah kemenangan serta diperhati oleh golongan non-muslim.

Wing 0: Bloggers perlu lebih peka dan teliti lagi

No comments: