Friday, May 30, 2008

Isu Pakaian Pelajar Perempuan: Mengapa Dipandang Enteng

Isu politik tanah air pada ketika ini yang terlalu panas sehingga mengalihkan pandangan masyarakat daripada isu-isu yang perlu diutamakan untuk penyelesaian. Isu pakaian sekolah bagi pelajar perempuan yang telah dibangkitakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 23 Mei lepas [1] tidak harus dipandang enteng kerana pelajar perempuan di negara kita ini terdedah kepada persekitaran yang cukup berbahaya.

Peningkatan Isu Gejala Sosial
Seperti yang sedia maklum bahawa kes gejala sosial pada ketika ini semakin hari semakin parah. Isu pembuangan bayi yang pernah dikejutkan sementara oleh media massa sebelum ini, kini kembali sejuk setelah datang berita yang lebih sensasi melanda negara. Perkara yang lebih menyedihkan apabila terdapat pelajar sekolah agama yang memakai tudung labuh juga turut terlibat dalam kes ini yang secara langsung mencemarkan imej seluruh muslimat yang memakai tudung labuh di negara ini. [2] Kes rogol yang semakin meningkat saban tahun dari 2005 (1887 kes), 2006 (2435) dan 2007 (3117 kes) [3] harus dijadikan iktibar bahawa pelajar perempuan di negara ini tidak berada dalam keadaan selamat. Meskipun banyak faktor lain yang mempengaruhi kejadian tersebut namun harus diingat bahawa kes ini juga adalah salah satu daripada punca yang menggalakkan perkara tersebut berlaku dan Al-Quran telah berpesan kepada kita agar jangan mendekati zina [4] bukan jangan berzina.

Guru Lelaki Terganggu
Dalam isu yang dibawa ini juga dibangkitkan isu guru lelaki terganggu dengan baju putih yang dipakai pelajar-pelajar perempuan sekolah. Mana tidaknya apabila guru tersebut dapat melihat segala transparent melalui baju putih pelajar perempuan tersebut. Mungkin boleh dikatakan jika iman kuat tak mungkin tergugat tetapi jika hari-hari melihatnya masakan titisan air boleh melekukkan seketul batu yang besar. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai sexual harashment bagi seorang guru lelaki! Itu jika guru tersebut mampu menilai dengan iman dalam dirinya. Bagaimana pula bagi yang langsung tidak pernah memikirkan soal agama? Ibarat kata gula sudah berada di tepi bibir, takkan kesempatan yang ada tidak diambil. Akhirnya berlakukalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Jika marhalah seorang guru pun boleh tergugat dengan pelajar-pelajar ini, masakan pula pelajar-pelajar lelaki yang selalu bersama dengan mereka. Mungkin sama-sama boleh fikirkan.

Di mana pejuang kesamarataan gender dan Kementerian bertanggungjawab?
Cukup menyedihkan apabila kumpulan yang ingin memperjuangkan kesamarataan gender terutama Sister in Islam langsung tidak nampak perkara ini suatu yang serius. Hatta mereka membangkitkan yang wanita UMNO juga memakai baju putih [5]. Kenyataan ini dikeluarkan seolah-olah mereka langsung tidak peka isu yang menimpa gender mereka dalam masa sama cuma memikirkan kepuasan nafsu yang boleh mereka perolehi (rujuk website SIS untuk mengetahui perjuangan mereka). Di mana pula pejuang-pejuang Islam HadHari yang dikatakan memperjuangkan Islam had hari di negara kita? Langsung tiada khabar berita. Mengharapkan Kementerian Pelajaran bagaikan bermimpi di siang hari sahaja. Mengeluarkan kenyataan yang pakaian tersebut bukan pemangkin kepada jenayah seksual adalah satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dalam menjaga sistem pendidikan di negara ini.

Isu maruah, bukan personal
Ada pihak yang cuba mengalihkan isu ini dengan menganggap perkara ini adalah isu personal. Golongan ini bolehlah dikategorikan sebagai golongan yang dangkal pemikiran dalam memikirkan isu maruah perempuan. Jika suatu ketika dahulu di era pemerintahan khalifah, perempuan yang ditarik tudungnya oleh golongan non-muslim menerima padahnya apabila khalifah menghantar satu bala tentera memerangi orang tersebut. Ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya sistem pemerintahan Islam dalam memelihara maruah seseorang perempuan. Di kalangan golongan lelaki juga tentu menginginkan seorang isteri yang masih bermaruah walaupun diri sendiri itu tidaklah golongan yang kuat agamanya. Adakah masih bernilai lagi seorang wanita yang cantik tetapi maruahnya telah tergadai?

Pemudi Tiang Negara
Slogan ini sering dilaungkan dalam pidato yang bersifat patriotik. Namun, pada masa kini slogan ini seolah-olah makin terpadam. Bukan nak katakan yang golongan wanita tidak cintakan negara tetapi gaya hidup, sikap dan pemikiran sudah cukup untuk memudahkan musuh melolos ke negara kita. Di mana boleh kita cari mereka ketika ini? Konsert AF? Geng Starz? Konsert Jom Heboh? Di manakah mereka ketika golongan lelaki terpaksa bergelumang dengan kepayahan menjadi harapan negara? Memang benarlah apa yang dikatakan oleh imam syafie jika ingin melihat keadaan negara pada masa hadapan, lihatlah kepada golongan muda-mudi pada ketika ini.


[1]
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14706&Itemid=28
2]
http://www.rmp.gov.my/
[3]
http://kedahlanie.blogspot.com/2008/05/pelajar-sekolah-buang-bayi.html
[4]
Al-Isra': 32
[5]
http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/23052008-star.htm

No comments: