Saturday, April 19, 2008

Hubungan Perlu Disempadan

Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor ini, khutbah Jumaat yang disampaikan semakin berisi dan penuh manfaat untuk para jemaah mendengar dan menghayatinya. Pada minggu ini agak terlewat ke masjid kerana ada presentation progress report kepada supervisor dan co-supervisor. Walaupun agak lewat tetapi masih mendapat input yang cukup baik untuk difikirkan dan diambil ikhtiar.


Pada minggu ini khatib di Masjid Mardi mempertikaikan kenyataan Rais Yatim yang membenarkan dua warga Israel iaitu jurulatih dan pemain dari kelab Chelsea yang akan datang ke Malaysia atas alasan sukan. Rais Yatim juga menyatakan tiada sebab untuk menghalang
mereka kerana mereka tiada hubungan diplomatik atau perdagangan dengan Malaysia. Dia juga menyatakan tidak wajar dicampurkan politik dan sukan. (Utusan 15 April 08)

Adalah cukup menyedihkan apabila Islam tidak diletakkan di atas sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:

Islam itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Apabila bangsa dan negara yang didahulukan tanpa satu panduan yang khusus maka tiada lagi pertimbangan akal dalam menentukan suatu keputusan. Sifat kasih-mengasihi sesama manusia sudah tidak diambil kira lagi. Nasib saudara-saudara seIslam di Palestine seolah-olah tidak difikirkan lagi. Bagaimanakah rasanya penduduk Palestine apabila mendapat tahu Malaysia sedang berseronok dengan warga Yahudi atas nama sukan dan pada masa sama ahli keluarga mereka dibunuh oleh Yahudi laknatullah. Alangkah hinanya negara yang menjadi pengerusi OIC sendiri menerima kedatangan musuh Allah SWT dan musuh Islam ke negara ini.

Berapa banyak masa telah dihabiskan oleh golongan yang ingin berunding dengan Yahudi dalam menyelesaikan persengketaan dengan Palestine. Setiap kali berunding, setiap kali itulah mereka terus tertipu oleh dakyah Yahudi. Mereka masih berdegil untuk berunding atas nama keamanan walaupun sudah mengetahui Israel ialah golongan yang tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi apabila golongan yang ingin berunding tersebut terdiri daripada orang Islam yang bergaduh sesama sendiri.

Semoga kemenangan yang lebih besar diterima oleh pejuang-pejuang Islam di setiap pelusuk dunia dalam mengharungi era kebangkitan Islam kini. Semoga dengan kemenangan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama kita dalam menghadapi musuh yang lebih besar terutama dari kaum Yahudi laknatullah.

Wing 0: Anti-Yahudi. Say no to Yahudi

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.