
Kalau sebut perkataan (atau haiwan) ini sememangnya akan menunjukkan sesuatu yang tidak menyenangkan, apatah lagi apabila dikatakan kepada seseorang.
Al-Quran menyebut tentang pengharaman haiwan ini dalam surah Al-Baqarah ayat 173.
Pada minggu ini hangat diperkatakan tentang kerajaan PR di Selangor yang diketuai oleh KeAdilan meluluskan projek ladang babi, Modern Pig Farm yang berniali RM100 juta di Mukim Batu Kuala Langat. Media-media yang sememangnya pro-Barisan Nasional telah mengambil kesempatan sepenuhnya atas isu yang sensetif ini. Rujuk laman web ini untuk ketahui kisah sebenar:
http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5956
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13798&Itemid=28
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8700
Beberapa fakta yang perlu diketahui umum:
1.
Projek ladang ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum pilihanraya umum ke-12 dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 Januari 2008. Dalam kata lain projek ini telah diluluskan oleh BN yang dikepalai oleh UMNO. Sekiranya ada golongan yang berkata kerajaan negeri sekarang tidak sensetif dengan orang Melayu, siapa yang sepatutnya dipersalahkan?
2.
Tiada lagi ladang-ladang babi baru yang akan diluluskan oleh kerajaan negeri selepas ini.
3.
Segala bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas (metana) untuk menjana elekrik, air, pembersihan ladang dan penanaman makanan babi yang diternak. Dalam kata lain bahan buangan tidak disalur keluar dari ladang tersebut.
Tindakan media yang memutar belitkan fakta tanpa memberi peluang untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menerangkan perkara sebenar adalah amat-amat dikutuk. Semoga pihak media tersebut menerima balasan yang setimpal atas apa yang dilakukan dan dibuka pintu hati untuk menjadi lebih adil kepada semua pihak.
Wing 0: Celakalah media yang memanipulasikan isu ini untuk memburuk-burukan exco-exco PAS
No comments:
Post a Comment