Berikut adalah antara sedutan diskusi Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9.
Dr. Agus: Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Dato'?
Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia
hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan.
Ulasan:
Lihat gambar di bawah;

Minyak apabila dikeluarkan daripada tanah dipanggil minyak mentah atau
crude oil dalam bahasa Inggeris. Minyak mentah ini tidak dapat digunakan selagi mana tidak ditapis. Proses penapisan berperingkat yang dilakukan dapat menghasilkan pelbagai jenis minyak (termasuk minyak kenderaan, jet, gas dan sebagainya). Minyak di semenanjung Malaysia berkualiti kerana tempoh penghasilan minyak tersebut adalah antara yang terlama dalam erti kata lain sudah lama berada dalam tanah. Sepatutnya minyak yang berkualiti ini akan memperoleh pulangan yang lebih lumayan kepada negara (sebab itu untung Petronas banyak). Yang menjadi persoalan sekarang ialah ke mana keuntungan yang sentiasa meningkat saban tahun disalurkan? Semoga hasil negara yang dikurniakan kepada kita dapat diselamatkan.

Wing 0:
Jangan bagi rakyat naik minyak
No comments:
Post a Comment