Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H

Lembaran baru telah bermula.
Waktu yang amat sesuai dalam mengorak langkah
Menuju ke arah yang lebih baik dari sebelum ini
Dengan satu tekad dan azam yang diperbaharui.

Namun masih ramai yang tidak mengendahkannya.
Masih tidur mimpikan harta kekayaan.
Mengejar sehingga mengabaikan tujuan asal dihidupkan
Mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan.

Imam Syafie pernah berpesan;
Banyak mata yang terjaga
Banyak pula yang tertidur lelap
Memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi
Tinggalkanlah rasa duka semampumu
kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah
Kelmarin Allah menolongmu
Percayalah esok pun Dia masih akan tetap menolongmu

Wing 0
Selamat Tahun Baru 1429H

No comments: