Sunday, September 9, 2007

Countdown: 4 hari lagi

Hari ni dah 27 sya'aban 1428H/9 September 07.
4 hari lagi dah nak puasa.
Semakin hampir...

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap amalan anak Adam itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): ”Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia [B]MENAHAN SYAHWATNYA[/B] dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.”
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Adakah puasa kita berjaya menundukkan nafsu atau kita yang dikawal oleh nafsu? Berapa banyakkah juadah yang kita sediakan untuk berbuka? Berapa jamkah kita tidur seharian berbanding bulan-bulan biasa? Berapa banyakkah baju raya kita kita pilih untuk beraya? Berapa pula harganya?

Berhati-hatilah...

Wing 0: Berbuka di surau untuk kekang nafsu berbelanja dan makan lebih-lebih.

No comments: