

Jam menunjukkan pukul 2:25 pagi ketika masih cuba memahami cara mengendalikan blog ini. Banyak perkara lagi yang masih dirasa tidak memuaskan. Namun perlawanan UEFA Champions League yang akan berlangsung pada jam 3 pagi melupakan hasrat untuk sambung. Nak rehat seketika mengumpul tenaga.....
Perlawanan Lille vs MU berlangsung di stadium Felix Bollaert, Lens ditayang secara langsung di TV3. Sebagai peminat setia MU sejak tahun 1993, bersama-sama sirap dan rusli, pagi ni memang dihabiskan menonton TV3.
Permainan pagi ini memang agak mengecewakan. Dalam permainan yang seimbang, MU banyak melakukan careless mistake yang tak patut berlaku. Sirap dan rusli hangin sepanjang perlawanan. Tak puas hati persembahan yang ditunjukkan MU.
Perlawanan berkesudahan 0-1 dengan kemenangan berpihak kepada MU meskipun berlaku kontroversi pada gol yang dijaringkan pada minit ke-84. Pemain Lille membantah gol tersebut dengan keluar daripada padang. Namun pengadil tetap dengan keputusan yang telah dibuat.
Permainan MU bertambah terabur selepas gol tersebut. Seolah-olah rasa bersalah terhadap keputusan pengadil yang mengesahkan jaringan tersebut. Cuma masa menyelamatkan MU daripada terus diasak pada akhir perlawanan.

Terfikir tentang kemenangan yang MU perolehi pagi ni. Bagi peminat MU tentu ada yang setuju dengan keputusan pengadil dan tentu yang ambil sikap tak kisah, janji menang. Bagi pihak yang tak suka MU tentu membantah sehabis-habis keputusan pengadil. Kebancian yang sedia ada tentu akan bertambah lagi...
Terfikir pula jika kemenangan yang diperoleh pejuang Islam tanpa perancangan yang baik dan usaha yang bersungguh. Cuma menadah tangan mohon doa tiba-tiba dikurniakan kemenangan. Adakah kemenangan tersebut adalah satu kemenangan yang boleh diiktiraf? Adakah kemenangan ini dapat melahirkan keinsafan? Adakah kemenangan tersebut boleh memberi kepercayaan kepada non-muslim tentang aqidah muslim? Adakah Islam dapat terus tersebar melalui kemenangan ini?
Teringat janji Allah SWT dalam Al-Quran;
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan; Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai" (An-Nashr:1-2)
Jika dikaji sejarah dan sirah juga telah mengajar bahawa kemenangan tidak akan dicapai tanpa usaha yang bersungguh hatta kemenangan akan diberikan kepada musuh sekiranya mereka lebih berusaha, seperti kata Saidina Ali KW;
Kebatilan dengan perangcangan boleh mengalahkan kebaikan tanpa perancangan.
Semoga diistiqamahkan hati ini dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan ditingkatkan semangat dan roh jihad dalam melakukan amal yang membawa keredhaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment